Menjadi kaum Adam agaknya lebih sukar?
Baharu berkesempatan untuk menulis tentang ini, persoalan yang sering bermain di mindaku saat aku menonton drama-drama Korea, filem-filem Melayu dan Inggeris.
Persoalannya, apakah tidak berdosa seorang lelaki melihat lakonan wanita-wanita yang tidak menutup aurat (Tidak memakai tudung dan memakai pakaian yang ketat)?
Buat kaum Adam, jangan terasa dengan persoalanku ini, ini hanya soalan yang ku utarakan kepada diriku sendiri. Kaum Hawa juga turut terlibat, apakah tidak berdosa kau melihat wajah-wajah lelaki ajnabi yang tidak kurang ketampananya untuk dilihat serta digilai olehmu?
Ah parah sekali.
Bagaimana pula kalau filem-filem tersebut sedikit sebanyak memberi manfaat kepada kita? Seperti "general knowledge", bahasa dan sebagainya?
Dalam surah Annur, Allah Subhanahu wata'ala berfirman:
((قُلْ لِلْمُؤْمِنِينَ يَغُضُّوا مِنْ أَبْصَارِهِمْ وَيَحْفَظُوا فُرُوجَهُمْ ذَلِكَ أَزْكَى لَهُمْ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا يَصْنَعُونَ))
Maksudnya: Katakanlah kepada orang Mukminin: "Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah adalah al-Khabir (Maha Mengerti) akan apa yang mereka perbuat."
Kaum Hawa mungkin tidak sesukar kaum Adam untuk menjaga pandangan. Menonton filem misalnya, pelakon perempuan yang terzahir rambutnya sudah tentu auratnya itu haram dilihat oleh lelaki tetapi tidak bagi wanita.
Berbalik kepada soalanku di atas, bagaimana jika terdapat pelbagai manfaat hasil dari menonton filem? Bagaimana mahu menonton jika ia hanya mengundang dosa dan nafsu?
^Jawapan orang biasa seperti diriku: Tipsnya mudah, usah benar-benar melihat pelakon tersebut, hanya melihat pelakon wanita dan membaca terjemahan/subtitle filem tersebut sahaja sudah memadai.
^Jawapan para Murabbi: "Apakah dengan matamu yang sudah kau gunakan untuk melihat sesuatu yang tidak diredhai oleh Allah itu akan dibenarkan Allah untuk melihat kekasihmu Baginda Rasulullah صلى الله عليه وسلم؟" Ouch Ouch Ouch أستغفر الله العظيم
Kalau rasa diri masih tidak kuat untuk meninggalkan filem-filem, mungkin boleh amalkan jawapan yang pertama.
Kalau rasa tidak mahu ketinggalan dari melihat Baginda Rasulullah صلى الله عليه وسلم, maka amalkanlah jawapan yang kedua, iaitu dengan meninggalkan habit menonton filem.
Tetapi untuk melaksanakan jawapan yang kedua itu mungkin agak mustahil untuk orang sepertiku.
Ah, alasan. Selagi mana kau berusaha untuk meninggalkannya, selagi itulah Allah akan sentiasa membantumu untuk meninggalkannya. Not to abruptly stopped yourself from watching the movies, do it slowly la.
اللهم هداية للصواب
اللهم دلّنا إلى الخير وإلى رضاؤك
#justwondering
#yourlifeisatest
#sekalisekalakeluarkanwhatsinmind
#mywritingsoundsfunnybutwhocares
Tambahan:
Sebaik-baik wanita adalah yang tidak dipandang dan memandang ajnabi. Mungkin tidak dipandang itu agak mudah untuk diamalkan, namun "memandang" adakah itu mampu untuk dilaksanakan?...Sedapkan hati, semua amalan dan perbuatan bergantung kepada niat kita, walaupun ia tidak dapat dilaksanakan, yang penting azam itu ada.
Comments
Post a Comment